Thursday, February 16, 2012

Tok Nyang Jain

"Fakhri, meh teman mak gi nawat Tok Nyang jap, sakit tenak owh. ekg mu nop g doh, dop dang doh nak jupe ye pahni klu mu balik dinun dh. doktor kabo ye xlame dh..ad 3bulan ag mase.." Ha? bukan tok nyang mati dh ke? Itu soalan yang paling bangang yang pernah keluar dari mulut aku. Panjang leteran mak walau 10minit cuma. Adik-beradik moyang panggil nyang juga rupanya haih. Jam menunjukkan tepat 6petang, 6.10 ak ngn mak aku sampai rumah nyang. Sumpah sekian lama kaki aku xjejak lantai kayu. Tok Nyang tengah tidur. Memang dia dah lama ad penyakit, ketumbuhan dalam usus kata mak aku, tapi yang membuatkan dia tenat sebab beberapa minggu lepas dia jatuh dari atap rumah masa tengah baiki atap bocor. Kuman dah merebak ke jantung. Melihat sekeliling, perkarang rumah, pokok semua, aku termenung sebentar. Banyak kenangan lama terungkai kembali masa aku umur 6 atau 7 tahun mungkin, sini ah tempat aku bermain. Masa aku sampai tok nyang tengah tidur, so aku xsalam pun takut ganggu dia nak berehat, so aku bersila je sebelah dia sementara mak aku duk kat dapur teman nyang, kemas dapur barangkali. Bosan, nak tanya khabar cerita tok nyang, tpai tengok dia tidur sebegotu lena membuatkan aku membatalkan niat, so aku bangun lepak kat tangga. Mak keluar dari pintu dapur datang kat aku minta lighter, nak sapu sampah, kotor sangat halaman rumah. Tengah duduk, leka tengok budak2 main wau tiba-tiba ada dua ekor ayam ni datang dekat ngan aku. Jinak gila, dah macam kucing, tak takut dengan orang langsung. Ni kalau ayam kat rumah aku, nak bagi makan pun xberani dekat dengan orang. Ayam ni memang jinak dengan orang, dari situ aku boleh bayangkan mesti Tok Nyang selalu jaga ayam ni. Jinak yang sangat jinak. Hilang ar jugak bosan main laga2 tangan aku ngn ayam ni, ayam ni pun layan. Macam sabung ayam, seronok, haha. Tak lama selepas tu ada dua buah motor sampai. Satu motor tu suami isteri ngn anak kecik sorg. Satu motor lagi pak cik pakai kopiah. Lawat Tok Nyang kot, semua aku tak kenal. So dah adat dari kecik, salam cium tangan, huehue hormat orang tua. ahh xlarat pulak nak citer panjang2, mengantuk. Kesimpulan harini..pertama, aku rindu zaman kecik2 main pondok2, main wau, berkubang lam sawah cari ikan laga, lastik burung, ngn member sekampung dimana semua dah tak tau khabar cerita, barangkali masing2 dah xkenal, dah lama sangat xjumpa. Kedua, aku ingat kembali asal usul aku. Ketiga, ak rindu arwah tok nyang, selalu ikut dia p bersawah time aku umo 9tahun. Keempat kalaulah aku sakit tenat, aku xnak dan xsuka ada orang melawat bersembang buat bising, orang tenat jangan ar buat bising, ganggu orang nak berehat. Kelima, kelakar dengar orang tua berseloroh, ada sesetengah perkataan aku sendiri xfaham & xdapat tangkap, maksud aku, bahasa kiasan orang tua penuh bunga, maksud tersirat. Terakhir, aku selalu buat kerja separuh jalan. Sekian.

No comments:

Post a Comment